Ahad, 20 Mac 2011
PENGENALAN
Kolej Komuniti merupakan satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui memorandum no. 398/2225/00 yang dikemukan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Memorandum ini mengandungi konsep penubuhan dan perlaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen. Ia berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajar keperingkat yang lebih tinggi. 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001. Kini bilangannya telah meningkat kepada 34 buah dan 4 cawangan diseluruh negara dengan menawarkan pelbagai kursus.
Selasa, 8 Mac 2011
KELAYAKAN PINJAMAN
PELAJAR
* Buku 2 naskhah (untuk 2 minggu).
* Majalah / Suratkhabar (untuk rujukan dalaman sahaja)
KAKITANGAN SOKONGAN DAN PENSYARAH
* Buku 5 naskhah (untuk 2 minggu)
* Majalah/Suratkhabar (untuk rujukan dalaman sahaja)

PERATURAN PINJAMAN
* Peminjam mestilah telah mendaftar menjadi ahli Perpustakaan.
* Keahlian adalah percuma.
* Peminjam dibenarkan meminjam mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.
* Peminjaman bahan haruslah di Kaunter Pinjaman.
* Peminjam haruslah mengemukkan kad matrik semasa membuat pinjaman.
* Tempahan bahan boleh dibuat di Kaunter Pinjaman atau melalui talian.
* Bahan yang dipinjam haruslah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
* Bahan hilang dikenakan denda dengan 2 kali ganda harga bahan atau diganti bahan yang sama.
![]() |
PERKHIDMATAN KAUNTER PINJAMAN |

PERATURAN AM PERPUSTAKAAN
1. Berpakaian kemas. Rujuk kepada buku peraturan pelajar.
2. Pemakaian kad matrik pelajar adalah diwajibkan ketika berada di dalam Perpustakaan.
3. Pengguna tidak dibenarkan membawa bagi, jaket, makanan/minuman, pisau dan gunting ke dalam perpustakaan.
4. Dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman pengguna lain.
5. Penggunaan telefon bimbit untuk apa juga urusan adalah dilarang sama sekali di dalam Perpustakaan.
6. Buku-buku yang telah digunakan hendaklah dipulangkan ke rak asal atau ke troli yang telah disediakan.
7. Suratkhabar dan majalah hanya boleh dibaca di ruang / sudut bacaan yang dikhaskan.
8. Tindakan mengantung keahlian akan diambil kepada sesiapa sahaja yang mengambil atau merosakkan bahan-bahan bacaan, rujukan atau peralatan perpustakaan.
9. Segala bahan-bahan rujukan yang tidak diletakkan di tempat terbuka, sila minta kebenaran pegawai Perpustakaan untuk menggunakannya.
10. Bahan Perpustakaan yang hendak dibawa keluar mestilah melalui proses pinjaman terlebih dahulu. Membawa keluar bahan bacaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.
11. Sila sertakan kad matrik anda semasa melakukan peminjaman bahan. Menggunakan kad matrik orang lain adalah satu kesalahan semasa membuat pinjaman.
Semua pengguna perpustakaan adalah tertakluk di bawah Peraturan Am Perpustakaan yang sediada dan yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Jumaat, 4 Mac 2011
PERPUSTAKAAN KOLEJ KOMUNITI JELEBU
ANJUNG ILMU
*******************
Perpustakaan ini ditubuhkan adalah seiring dengan penubuhan Kolej Komuniti Jelebu sebagai peneraju pusat pembelajaran dan perkhidmatan maklumat. Waktu itu kakitangan yang dipertanggongjawabkan bagi menjalankan tugas penyeliaan perpustakaan adalah berjawatan PAR.
Perpustakaan KKJU dibina dengan dua aras, iaitu Aras Bawah dimana ditempatkan Pejabat Kakitangan, Kaunter Perkhidmatan Pinjaman/Pemulangan dan Khidmat Nasihat, Ruang Bacaan dimana ditempatkan rak-rak bagi bahan-bahan pinjaman dan rujukan. Di aras ini juga terdapat sudut bacaan ringan,dan sudut aktiviti pameran.Pada tahun 2006 Perpustakaan Kolej Komuniti Jelebu telah memperolehi kakitangan gunasama dalam bidang ke pustakawan iaitu seorang Pembantu Perpustakaan S17 dari Perpustakaan Negara Malaysia bagi menyelia perkhidmatan perpustakaan pada waktu itu. Memandangkan kepentingan perkhidmatan maklumat, pengemaskinian perjawatan telah dibuat, dimana penambahan satu jawatan iaitu Penolong Pegawai Perpustakaan S27 telah ditempatkan pada 2009. Namun begitu bagi melengkapkan lagi perjawatan di Perpustakaan, satu lagi penambahan Pembantu Perpustakaan S17 dibuat pada tahun 2011.
Sudut Pameran Sudut pameran ini diwujudkan bagi menjalankan aktiviti pameran bulanan. Aktiviti pameran ini dijalankan mengikut jadual dan tajuk yang telah ditentukan. |
Kaunter Perkhimatan ini dibina seumpama sebuat bilik.
Di sini aktiviti pinjaman dan pemulangan bahan dijalankan.
Di sini aktiviti pinjaman dan pemulangan bahan dijalankan.
Sudut Bacaan Ringan |
Sudut bacaan ringan. Di ruang ini menempatkan bahan bacaan ringan
seperti majalah, suratkhabar dan buletin. Bahan ini hanya boleh dibaca
di ruang ini sahaja. Dan bahan bacaan ringan tidak boleh dipinjam.
seperti majalah, suratkhabar dan buletin. Bahan ini hanya boleh dibaca
di ruang ini sahaja. Dan bahan bacaan ringan tidak boleh dipinjam.
Bagi meluaskan lagi perkhidmatan di perpustakaan KKJU, telah disediakan 2 unit komputer untuk perkhidmatan internet di Aras Atas. Cadangan untuk penambahan sebanyak 8 unit lagi bagi menambah baikkan perkhidmatan dan kemudahan internet kepada pelajar. Di sini juga ditempatkan ruang bacaan untuk bahan rujukan terhad.
Rak yang berwarna hijau ini menempatkan bahan-bahan rujukan terhad dan
diasingkan di Aras Atas. Dan bahan ini tidak boleh dipinjam hanya untuk rujukan dalam sahaja.
Untuk kakitangan hanya dibenarkan meminjam dalam masa yang
terhad atas budi bicara iaitu selama satu minggu sahaja.

Ruang ini dikhususkan untuk pembaca-pembaca bahan rujukan terhad yang ditermpatkan di Aras Atas
dan tidak perlu membawa bahan rujukan tersebut di ruang bacaan di Aras Bawah.
Sudut Internet
Perkhidmatan internet disediakan kepada pembaca terutama kepada pelajar-pelajar untuk
membuat pencarian maklumat atau penyediaan assaigment. Lain-lain pengguna tidak dibenar. Pengguna haruslah membuat permohonan di kaunter perkhidmatan untuk menggunakan perkhidmatan ini.
VISI
Menerajui Institusi kecemerlangan perkhidmatan maklumat dan pembangunan pendidikan perpustakaan.
MISI
Menyediakan perkhidmatan perpustakaan bermaklumat sebagai pusat pembelajaran dan penggerak budaya membaca.
OBJEKTIF
* Menyediakan koleksi sumber perpustakaan bermaklumat.
* Menyediakan maklumat pendidikan dalam pembangunan komuniti berpengetahuan.
* Menyediakan kemudahan perpustakaan dalam masyarakat berkomuniti.
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
Merujuk kepada statistik sehingga tahun 2011, jumlah koleksi bahan perpustakaan KKJU adalah lebih kurang 10,000 naskhah. Ini merangkumi perbagai judul dan subjek mengikut keperluan pembelajaran di Kolej Komuniti ini.
a) Koleksi pinjaman terletak di Aras Bawah.
b) Koleksi rujukan terhad terletak di Aras Atas. Bahan ini tidak boleh dipinjam.
c) Terbitan bersiri terletak di Aras Bawah. Bahan ini hanyak untuk rujukan dalaman sahaja.
d) Bahan Module di simpan di Ruang Kaunter. Ia hanya untuk rujukan dalaman sahaja.
(Permohonan penggunaan boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan Pinjaman)
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin - Khamis - 8.15 pagi hingga 4.45 petang
Jumaat - 8.15 pagi hingga 12.00 tengahari
3.00 petang hingga 4.45 petang.
Sabtu & Ahad - Tutup
Cuti Umum - Tutup
Langgan:
Catatan (Atom)