Ahad, 20 Mac 2011

PENGENALAN

Kolej Komuniti merupakan satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui memorandum no. 398/2225/00 yang dikemukan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Memorandum ini mengandungi konsep penubuhan dan perlaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen. Ia berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan  atau melanjutkan pelajar keperingkat yang lebih tinggi. 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001. Kini bilangannya telah meningkat kepada 34 buah dan 4 cawangan diseluruh negara dengan menawarkan pelbagai kursus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan