Selasa, 8 Mac 2011

PERATURAN AM PERPUSTAKAAN

1. Berpakaian kemas. Rujuk kepada buku peraturan pelajar.
2. Pemakaian kad matrik pelajar adalah diwajibkan ketika berada di dalam Perpustakaan.
3. Pengguna tidak dibenarkan membawa bagi, jaket, makanan/minuman, pisau dan gunting ke dalam perpustakaan.
4. Dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman pengguna lain.
5. Penggunaan telefon bimbit untuk apa juga urusan  adalah dilarang sama sekali di dalam Perpustakaan.
6. Buku-buku yang telah digunakan hendaklah dipulangkan ke rak asal atau ke troli yang telah disediakan.
7. Suratkhabar dan majalah hanya boleh dibaca di ruang / sudut bacaan yang dikhaskan.
8. Tindakan mengantung keahlian  akan diambil kepada sesiapa sahaja yang mengambil atau merosakkan bahan-bahan bacaan, rujukan atau peralatan perpustakaan.
9. Segala bahan-bahan rujukan yang tidak diletakkan di tempat terbuka, sila minta kebenaran pegawai Perpustakaan untuk menggunakannya.
10. Bahan Perpustakaan yang hendak dibawa keluar mestilah melalui proses pinjaman terlebih dahulu. Membawa keluar bahan bacaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.
11. Sila sertakan kad matrik anda semasa melakukan peminjaman bahan. Menggunakan kad matrik orang lain adalah satu kesalahan semasa membuat pinjaman.

Semua pengguna perpustakaan adalah tertakluk di bawah Peraturan Am  Perpustakaan yang sediada dan yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan