Jumaat, 4 Mac 2011

PERPUSTAKAAN KOLEJ KOMUNITI JELEBU

ANJUNG ILMU
*******************


Perpustakaan ini ditubuhkan adalah seiring  dengan penubuhan Kolej Komuniti Jelebu sebagai peneraju pusat pembelajaran dan perkhidmatan maklumat. Waktu itu kakitangan yang dipertanggongjawabkan bagi menjalankan tugas penyeliaan perpustakaan adalah berjawatan PAR.

Perpustakaan KKJU dibina dengan dua aras, iaitu Aras Bawah dimana ditempatkan Pejabat Kakitangan, Kaunter Perkhidmatan Pinjaman/Pemulangan dan Khidmat Nasihat, Ruang Bacaan dimana ditempatkan  rak-rak bagi bahan-bahan pinjaman dan rujukan. Di aras ini juga terdapat sudut bacaan ringan,dan sudut aktiviti pameran.

Pada tahun 2006 Perpustakaan Kolej Komuniti Jelebu telah memperolehi kakitangan gunasama dalam bidang ke pustakawan iaitu seorang Pembantu Perpustakaan S17 dari Perpustakaan Negara Malaysia bagi menyelia perkhidmatan perpustakaan pada waktu itu. Memandangkan kepentingan perkhidmatan maklumat, pengemaskinian perjawatan telah dibuat, dimana penambahan satu jawatan iaitu Penolong Pegawai Perpustakaan S27 telah ditempatkan pada 2009. Namun begitu bagi melengkapkan lagi perjawatan di Perpustakaan, satu lagi penambahan Pembantu Perpustakaan S17 dibuat pada tahun 2011.






 

Sudut Pameran
Sudut pameran ini diwujudkan bagi menjalankan aktiviti pameran bulanan.
Aktiviti pameran ini dijalankan mengikut jadual dan tajuk yang telah ditentukan. 



Kaunter Perkhidmatan
Kaunter Perkhimatan ini  dibina seumpama sebuat bilik.
Di sini aktiviti pinjaman dan pemulangan bahan dijalankan.


Sudut Bacaan Ringan
 Sudut bacaan ringan. Di ruang ini menempatkan bahan bacaan ringan
seperti majalah, suratkhabar dan buletin. Bahan ini hanya boleh dibaca
di ruang ini sahaja. Dan bahan bacaan ringan tidak boleh dipinjam.

Bagi meluaskan lagi perkhidmatan di perpustakaan KKJU, telah disediakan 2 unit komputer  untuk perkhidmatan internet di Aras Atas. Cadangan untuk penambahan sebanyak 8 unit lagi bagi menambah baikkan perkhidmatan dan kemudahan  internet kepada pelajar. Di sini juga ditempatkan ruang bacaan untuk bahan rujukan terhad.


Rak Bahan Rujukan Terhad
Rak yang berwarna hijau ini menempatkan bahan-bahan rujukan terhad  dan
diasingkan di Aras Atas. Dan bahan ini tidak boleh dipinjam hanya untuk rujukan dalam sahaja.
Untuk kakitangan hanya dibenarkan meminjam dalam masa yang
terhad atas budi bicara iaitu selama satu minggu sahaja.

Ruang Bacaan
Ruang ini dikhususkan untuk pembaca-pembaca bahan rujukan terhad yang ditermpatkan  di Aras Atas
dan tidak perlu membawa bahan rujukan tersebut  di ruang bacaan di Aras Bawah.


Sudut Internet
Perkhidmatan internet disediakan kepada pembaca terutama kepada pelajar-pelajar untuk
membuat pencarian maklumat atau penyediaan assaigment. Lain-lain pengguna tidak dibenar. Pengguna haruslah membuat permohonan di kaunter perkhidmatan untuk menggunakan perkhidmatan ini.



VISI

Menerajui Institusi kecemerlangan perkhidmatan maklumat dan pembangunan pendidikan perpustakaan.

MISI

Menyediakan perkhidmatan perpustakaan bermaklumat sebagai pusat pembelajaran dan penggerak budaya membaca.

OBJEKTIF

* Menyediakan koleksi sumber  perpustakaan bermaklumat.
* Menyediakan maklumat pendidikan dalam pembangunan  komuniti berpengetahuan.
* Menyediakan kemudahan perpustakaan dalam masyarakat berkomuniti.


KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Merujuk kepada statistik sehingga  tahun 2011, jumlah koleksi bahan perpustakaan KKJU adalah lebih kurang 10,000 naskhah. Ini merangkumi perbagai judul dan subjek mengikut keperluan pembelajaran di Kolej Komuniti ini.

a) Koleksi pinjaman terletak di Aras Bawah.
b) Koleksi rujukan terhad terletak di Aras Atas. Bahan ini tidak boleh dipinjam.
c) Terbitan bersiri terletak di Aras Bawah. Bahan ini hanyak untuk rujukan dalaman sahaja.
d) Bahan Module di simpan di Ruang Kaunter. Ia hanya untuk rujukan dalaman sahaja.
    (Permohonan penggunaan boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan Pinjaman)





WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin - Khamis    -    8.15 pagi hingga 4.45 petang
Jumaat                -    8.15 pagi hingga 12.00 tengahari
                                3.00 petang hingga 4.45 petang.
Sabtu & Ahad    -     Tutup
Cuti Umum         -     Tutup

Tiada ulasan: